JADIKAN INI SATU PENGALAMAN!!!!
Disebuah kampung bermula cerita, jauh dipendalaman dan pelusuk Bandar tinggal lah penduduk yang masih lagi setia dengan tanah lahirnya sedangkan sudah ramai penduduk asal telah berpindah ke Ibu Kota untuk mencari rezeki dan kehidupan yang lebih selesa. Mamat dan Hafiz adalah antara golongan bujang yang masih lagi menetap dikampung itu.Tidak seperti orang bujang dibandar yang bekerja tinggi dan makan gaji besar,Mamat dan Hafiz memilih jalan rezekinya dengan menjadi petani dan seringkali dipandang rendah oleh kaum wanita oleh kerana mereka berdua tidak mempunyai pendidikan yang tinggi,namun begitu Mamat dan Hafiz langsung tidak memikirkan pasal hal itu,kerana mereka ini lebih selesa hidup bujang tanpa beban walaupun terpaksa menjadi petani.
Pernah
sesekali mereka berfikir untuk mendirikan rumah tangga,tapi ada ke orang yang
berkehendakan mereka ini,soal itu seringkali menjadi topic setiap kali Mamat
dan Hafiz menghabiskan masa di kedai kopi,sindiran kaum tua yang turut ada di
kedai itu seperti tidak diendahkan mereka “kahwin-kahwinlah oiii sampai bila
korang nak bujang nie” riuhnya dengan gelak tawa sindiran kepada mereka,tapi
mereka hanya senyum dan mendiamkan diri kerana mereka yakin jodoh mereka pasti
akan tiba cuma waktunya belum sampai lagi.Begitulah rutin harian Mamat dan
Hafiz yang selalu menghabiskan masa dengan melepak di kedai kopi setelah penat
bertani.
Hari berganti
hari dan bulan berganti bulan,kehidupan Mamat dan Hafiz masih belum Nampak
perubahanya,sudah banyak kali mereka cuba memikat wanita-wanita dikampung itu
tapi tidak ada siapa pun yang inginkan mereka berdua,dan mereka pernah berfikir
untuk mengikuti jejak langkah kawan-kawan yang lain untuk ke ibu kota kerana
mereka berpendapat jika mereka ke sana mungkin akan menemukan jodoh mereka,tapi
jika mereka ke sana tidak ada siapa yang akan menguruskan kebun-kebun mereka
ini sehinggalah Mamat membuat keputusan untuk terus tinggal dikampung dan terus
menjadi petani di ikuti oleh Hafiz yang juga berfikiran sama seperti Mamat.
Pada suatu
hari semasa mereka di kedai kopi,mereka terdengar perbualan Pak Abu dengan
Hamid yang rancak bersembang pasal perkahwinan dengan Pontianak,hairan mula
menganggu fikiran mereka berdua bagaimana nak berkahwin dengan Pontianak
sedangkan mereka itu hantu.Sikap Mamat yang suka bertanya membuatkan dia
berjalan ke arah meja Pak Abu dan Hamid lalu bertanya, ‘ada kah orang kahwin
dengan hantu? Macam mana mereka kahwin?’ Hamid terus tersenyum dengan mata
melihat ke arah muka Mamat,lantas Pak Abu menjawab ia dan ceritanya lagi pada
Mamat sambil diperhatikan oleh Hafiz di meja sebelah,’mereka yang berkehendakan
Pontianak menjadi isteri memiliki nya perlu lah memacak paku dileher Pontianak
ketika teserempak denganya,kemudian Pontianak itu akan bertukar menjadi anak
dara yang cantik’ Mamat yang mendengar cerita itu terus timbul rasa ingin
cuba,beransur meninggalkan meja Pak Abu dan Hamid,Mamat terus ke meja Hafiz dan
berbisik pada sahabatnya itu’eh jom fiz kita cuba buat seperti apa yang Pak Abu
cakapkan tadi,manalah tahu tuah kita dapat anak dara cantik’ Hafiz membias
ajakan Mamat “kau berani ke?kalau berani jom lah,malam ni kita cuba”.Mamat dan
Hafiz berangkat ke rumah masing-masing sambil menghitung detik untuk
malam,persiapan dibuat seperti paku panjang dan tukul telah tersedia menanti
Pontianak.
Seperti
biasalah bila berbicara pasal hantu comfirm lah nak kena ada asap kemiyang,buah
limau,dan kain kapan.Mamat dan Hafiz telah pun siapkan semua benda yang perlu
ada untuk memanggil Pontianak,tepat jam 12.00 malam mereka melaksanakan upacara
tersebut dengan menyeru Pontianak supaya hadir menemukan mereka berdua dengan
harapan mereka dapat memaku leher Pontianak tersebut. Jenuh jugak lah mereka
berdua tunggu,tanpa disedari jam dah menunjukan hampir 01.00 pagi,Hafiz mula
berkata-kata “mamat kau ni betul ke tak?mana Pontianak yang kita seru tak
keluar-kluar pun?”jawab Mamat sabar lah fiz,kita tunggu lah kejap lagi dan
Hafiz hanya mengeluh ermmm saja.
Dalam waktu
penantian mereka di dalam semak berhampiran kubur yang terletak di hujung
kampong mereka itu,Hafiz tiba-tiba terdengar bunyi aneh yang datangnya dari
salah satu kubur lama di kawasan tersebut,tanpa berbicara dan keadaan semakin
sunyi, Hafiz tajamkan pendengaranya ke arah datangnya bunyi aneh itu,setelah
beberapa lama kemudian barulah Hafiz sedar bahawa bunyi itu adalah bunyi
perempuan menangis,Hafiz dengan lajunya mengelur Mamat yang duduk tidak jauh
darinya dan memberitahu bahawa ada bunyi aneh datangnya dari arah kubur lama di
kawasan itu,Mamat yang gelojoh dan sentiasa keras dengan sikap ingin tahu nya
itu membuatkan mereka berdua memberanikan diri melangkah setapak demi setapak
menuju ke kubur itu.Alangkah terkejutnya mereka berdua apabila melihat kelibat
bayangan putih berada betul-betul di atas kubur tersebut.Mamat berlari laju ke
arah banyangan putih itu lalu cuba untuk pasti apakah ini Pontianak mahupun
hantu lain,ha ha ha ha gelak si Mamat lalu berkata “yes akhirnya hantu yang
kita inginkan telah pun muncul” Hafiz yang ketakutan melarikan diri
meninggalkan Mamat bersendirian,Mamat yang tidak pedulikan lagi dengan keadaan
sekelilingnya lalu memacak paku di leher Pontianak tadi, jeritan hantu itu
teramat lah kuat sehinggakan Hafiz yang melarikan diri dari kubur tersebut
terhenti seketika sebelum menyambung larian kembali,dalam hati Hafiz berbisik
“mampus lah kau Mamat dengan Pontianak kau tu,aku dah tak peduli biarkan kau
saja yang kahwin dengan hantu”sambil berlari sambil berfikir bahawa Mamat
kawanya itu telah mati di cekik Pontianak tersebut,Mamat yang masih lagi
ditanah perkuburan itu nekad untuk melihat perubahan pada Pontianak yang telah
di cucuk paku olehnya,
keadaan di tanah perkuburan itu riuh rendah seketika
dengan tangisan Pontianak yang kesakitan dan diperhatikan oleh Mamat yang tidak
sabar untuk melihat anak dara cantik yang muncul dari wajah Pontianak yang
hodoh itu.Angin bagaikan taufan,daun pokok juga turut gugur ke tanah dan dengan
tiba-tiba Pontianak itu menghilangkan diri.Mamat terkejut dengan apa yang
terjadi lalu datangnya rasa takut pada dirinya itu,hendak lari takut rugi dan
hendak tunggu takut mati,bagaikan mati hidup semula Mamat apabila disapa oleh
suara lembut seorang anak dara yang cantik”ABANG” matanya terkebil-kebil
melihat keayuan anak dara itu dan ianya bertanya siapakah kamu wahai saudari?.Lalu
dijawab “aku lah Pontianak yang di cucuk paku oleh mu wahai saudara” tersengih
Mamat boleh Nampak sampai telinga.Mamat berasakan dirinya lah insan yang paling
beruntung kerana usahanya tidak sia-sia untuk mendapatkan anak dara dari seorang
Pontianak,rancak mereka bersembang hinggakan Mamat tidak sedar hari sudah mahu
pagi,Azan subuh tidak lama lagi akan berkumandang dan Mamat pun membawa Pontianak
itu pulang ke rumahnya.Dunia mereka yang dahulunya jauh berbeza kini bersatu di
alam yang sama.Mamat yang tidak lagi dapat menahan anak mata nya yang mengantuk
terus membaringkan badanya lalu lena di alam mimpi tanpa pedulikan lagi si
Pontianak yang dibawanya pulang tadi.Alangkah terkejutnya Mamat apabila ia
sedar dari tidur hari sudah pun siang dan perutnya pula bergendang lapar yang
membuatkan dia berjalan ke dapur dan tersentap seketika apabila ia melihat
banyak hidangan makanan yang sedap-sedap telah tersedia,dia mula berfikir
siapakah yang menyediakan semua ini?dia mula teringatkan akan Pontianak yang
dipaku olehnya semalam dan Mamat terus mencari Pontianak itu di sekitar rumah
tapi tidak jumpa,Mamat mula hairan kemana kah perginya Pontianak itu?.Oleh kerana
nafsu laparnya sudah membuak-buak Mamat lupakan seketika pasal Pontianak itu
dan dengan gelojohnya Mamat memenuhkan perutnya yang lapar itu dengan makanan
yang dimasak oleh Pontianak itu.
Biasalah bila
dah kenyang,mata pun makin suram layu mengantuk Mamat datang lagi,terbaring di
kerusi ia melelapkan matanya dengan niat hanya untuk tidur buat seketika.Tanpa
ia sedari bahawa hari semakin jauh menuju senja lalu Mamat tersedar dari
tidurnya dan terkejut melihat Pontianak itu ada di hujung kakinya sambil mata Pontianak
itu memerhati manja ke arahnya.Mamat hanya mampu tersenyum dan bertanya ‘eh
kemana kamu pergi hari ni?puas abang mencari kamu’Sahut Pontianak itu ‘saya tak
kemana abang,saya sentiasa ada bersama abang’Mamat mula menjadi bingun dan
tertanya-tanya,kalau betul dia bersama aku harini dimana dia? Ah tak apalah
sayang apa pun abang berterima kasih kepada kamu kerana sudi jadi teman hidup
abang ‘kata Mamat kepada Pontianak itu’ Di sebelah malamnya pula Mamat keluar
bersama Pontianak itu ke warung kopi di pinggir kampungnya dengan niat hendak
memperkenalkan teman hidupnya kepada kawan-kawan disana,setibanya Mamat disana
semua orang kampung yang ada di kedai kopi pada malam itu terkejut dengan kejelitaan
wajah Pontianak yang di bawa oleh Mamat,disana pula ada sahabat baiknya Hafiz
yang terkebil-kebil melihat akan kecantikan anak dara yang ada di sebelah Mamat,Hafiz
mula berfikir apakah ini Pontianak yang dipaku oleh Mamat semalam? Tak putus
berfikir dan pandangan orang kampung yang ada di kedai kopi itu terhadap Mamat
dan pasanganya dan ramai yang tertanya-tanya siapakah perempuan yang Mamat bawa
itu dan dari manakah asal usulnya,tapi hanya Hafiz yang mengetahui segalanya.
Sikap Hafiz
mula berubah,rasa dengki terhadap sahabat baik nya itu mula timbul dan Hafiz
memikirkan satu jalan untuk memusnahkan kebahagian Mamat dengan hantu tersebut
oleh kerana ia merasakan bahawa Mamat tidak layak untuk memiliki pasangan yang
secantik Pontianak itu.Hari-hari Mamat bahagia di samping Pontianak itu dan
sikap mereka berdua tak ubah macam suami isteri yang romantic dan sentiasa
dalam kegembiraan,oleh kerana ketidakpuasan hati Hafiz terhadap Mamat,ia telah
pun mengambil keputusan untuk bertindak mencabut paku yang ada di leher Pontianak
itu dan ia ingin Mamat rasakan apa yang dia rasakan.Sikap Hafiz memang melampau
dan pada suatu senja saat Pontianak itu sedang mengangkat kain jemuran di
ampaian belakang rumahnya,Hafiz berjalan berpura-pura sambil bertanyakan kepada
Pontianak itu dimanakah Mamat? Lalu Pontianak itu membalas abang Mamat tak ada
di rumah,katanya nak ke kampung seberang kerana ada urusan,Hafiz pula hanya
menganguk kepalanya tanda ia sudah bersedia untuk bertindak jahat terhadap Pontianak
itu.Hafiz yang terlalu ikutkan perasaanya yang sedang gila terus menerkam kearah
Pontianak itu lalu menyelak rambutnya dan tangan Hafiz menjadi bukti bahawa
paku di leher Pontianak itu telah pun dicabut olehnya.Alangkah terkejutnya
Hafiz apabila melihat Pontianak itu menjerit kesakitan dan keadaan sekitar
kawasan rumah Mamat jadi riuh rendah dengan pusaran angin yang kuat dan jeritan
Pontianak itu yang terlalu nyaring membuatkan Hafiz terduduk dan melihat apa
yang bakal terjadi.Sekelip mata wajah Pontianak yang cantik itu tadi berubah
menjadi lebih buruk dan keadaan Pontianak itu tak ubah seperti mayat yang telah
pun busuk.Hafiz yang ketakutan melarikan diri meninggalkan kawasan rumah Mamat
dan dalam pejalanan itu Hafiz terserempak dengan Mamat yang sedang menuju
pulang ke rumahnya.Mamat melihat Hafiz yang berlari laju tak sempat bertanyakan
apa-apa padanya.Setibanya Mamat ke rumahnya dia terkejut melihat Pontianak itu
sedang menangis dan Mamat merasakan ini adalah perbuatan khianat oleh kawan
baiknya Hafiz.Mamat terus memegang tangan Pontianak itu yang semakin saat
semakin hilang dibawa kabus,dan suara sayut-sayut keluar dari mulut Pontianak itu
‘lepas ni abang jaga lah diri abang elok-elok,sayang dah tak mampu lagi dan
sayang terpaksa pergi sekarang’Mamat yang kesedihan melihat keadaan pasanganya
itu hanya menganguk kepalanya tanda faham akan hasrat Pontianak itu,Di Azan
mahgrid tangan Pontianak yang dipegang Mamat telah pun hilang dan perasaan
Mamat yang selama ini mengharapkan kebahagian oleh pasanganya musnah oleh sikap
dengki kawan baiknya itu.
Tapi Mamat
tidak menyalahkan Hafiz kerana ia juga tahu mana mungkin ada manusia yang
memperisterikan hantu sedangkan mereka hidup di dua alam yang berbeza.Kenangan Mamat
bersama Pontianak itu menjadi kenangan yang abadi dan cerita Mamat dengan Pontianak
pula heboh menjadi perbualan penduduk setempat dan kini mamat hidup
sendirian,Hafiz yang pernah dulu menjadi kawan baiknya kini tidak lagi bersama
nya dan Mamat kini hidup tanpa kebahagian,bersendirian dan bayangan hantu yang
pernah dulu hidup bersamanya sentiasa ada di mimpinya.
Cerita ini
adalah rekaan dan khayalan oleh saya sendiri,sebarang kesamaan mahupun bersabit
dengan peribadi pembaca di luar mohon diampunkan dan ini ada rekaan semata-mata
dan ianya tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal
dunia…